Select Page

Jawatankuasa Khidmat Masyarakat FKEKK

Kami adalah staf-staf akademik dan sokongan yang mengganggotai Jawatankuasa Khidmat Masyarakat, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka.

PENGENALAN

Setiap awal tahun, apabila anak-anak kembali ke sekolah kita sering mendengar ada sahaja berita atau rencana terhadap para pelajar yang gagal membuat persiapan untuk sessi persekolahan. Keadaan ini sering berlaku terutamanya di kalangan keluarga miskin, anak yatim dan keluarga yang kurang berkemampuan.  Menyedari situasi ini, pihak JK Khidmat Masyarakat FKEKK rasa terpanggil untuk membantu pelajar – pelajar ini.  Program ini bertujuan untuk membantu membeli persiapan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah, kasut dan beg untuk anak-anak yatim, fakir, miskin dan kurang bermampuan dari pelbagai bangsa di sekitar Melaka

 

PENERIMA MANFAAT

Untuk penganjuran kali ke-4 ini akan menaja seramai 60 pelajar (sekolah rendah) dari daerah Jasin dan Alor Gajah.  Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar miskin dan keluarga yang kurang bermampuan di sekitar Duyong, Melaka.  Senarai penerima ini kami perolehi dengan kerjasama SRK Kesang Tua, Jasin,  SRK Brisu dan SRK Sungai Buloh, Alor Gajah, Melaka. Pada hari berkenaan pihak pelajar dan JK Khidmat Masyarakat FKEKK akan bersama-sama penerima manfaat untuk membeli keperluan persekolahan di tempat yang telah dipilih seperti berikut.

 

BILA PEMBELIAN KELENGKAPAN AKAN DILAKUKAN?

Hari & tarikh   : Sabtu, 14 Disember 2019.
Tempat            : Pasaraya Mydin MITC, Melaka
Masa                : 8 pagi – 1 tengah hari.

 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Kami menjemput anda menjadi penaja penerima manfaat ini. Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM150 untuk seorang penerima manfaat, (kos dikira berdasarkan harga semasa barangan kelengkapan persekolahan untuk setiap pelajar). Bagaimanapun kami mengalu-alukan sebarang jumlah sumbangan yang ingin diberikan.

 

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank Islamic di no akaun 154138086958.  Sila maklumkan melalui wapp atau email kepada JK kami sekiranya anda telah membuat bayaran.

Tempoh sumbangan adalah dari hari ini hingga ke 13 Disember 2019.

 

Semua sumbangan dalam tempoh ini akan dibelanjakan sepenuhnya untuk perbelanjaan penerima manfaat.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi wakil JK Khidmat Masyarakat FKEKK

Dr. Norihan binti Abdul Hamid (norihan.hamid@utem.edu.my / 06-5552130/ 012-3920975 )

Pn Siti Nursalasiah binti Abidin (nursalasiah@utem.edu.my / 06-5552171 / 0197191686 )

                                                                                       

 Sumbangan dan perhatian dari pihak Tuan/Puan kami dahului dengan ribuan ucapan terima kasih