Select Page

Aktiviti Jawatankuasa 2022

Jun 6, 2022 | Tenaga

Pada 1 Jun 2022, Jawatankuasa Pengurus Tenaga & Kelestarian FKEKK dan Jawatankuasa Khidmat Masyarakat FKEKK telah bekerjasama dalam menjayakan Program Trash to Cash yang dianjurkan oleh Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA). Program ini dijalankan bersempena dengan Karnival Penghayatan Alam Sekitar 2022.

Di peringkat FKEKK, bahan-bahan kitar semula telah mula dikumpulkan bermula 30 Mei sementara proses pengasingan bahan-bahan telah dijalankan pada 1 Jun 8.00 pagi.  Program ini telah disertai oleh staf dan pelajar FKEKK juga staf pembersihan yang bertugas di fakulti. Keseluruhan hasil kutipan diserahkan sepenuhnya ke Tabung JKM.

Terima kasih dan tahniah kepada semua warga FKEKK!

#Jom terus jimat tenaga

#Bangkit Bersama Jimat Tenaga