Jawatankuasa Khidmat Masyarakat FKEKK

Kami adalah staf-staf akademik dan sokongan yang mengganggotai Jawatankuasa Khidmat Masyarakat, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka.

Program Terkini

banner

 

PENGENALAN
Setiap awal tahun, apabila anak-anak kembali ke sekolah kita sering mendengar ada sahaja berita atau rencana terhadap para pelajar yang gagal membuat persiapan untuk sessi persekolahan. Keadaan ini sering berlaku terutamanya di kalangan keluarga miskin dan kurang berkemampuan.  Menyedari situasi ini pihak JK Khidmat Masyarakat FKEKK rasa terpanggil untuk membantu pelajar – pelajar ini.  Projek ini bertujuan untuk membantu membeli persiapan persekolahan seperti uniform sekolah, kasut dan beg untuk anak-anak yatim, fakir, miskin dan kurang bermampuan dari pelbagai bangsa di sekitar Durian Tunggal, Melaka

PENERIMA MANFAAT
Seramai 50 pelajar (sekolah rendah) akan menerima manfaat ini.  Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar miskin dan keluarga yang kurang bermampuan di sekitar Durian Tunggal.  Senarai penerima ini kami perolehi dengan kerjasama Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Tunggal. Pada hari berkenaan, pihak JK Khidmat Masyarakat FKEKK akan bersama-sama penerima manfaat untuk membeli keperluan persekolahan di tempat yang telah dipilih.

BILA PEMBELIAN KELENGKAPAN AKAN DILAKUKAN?
Hari & tarikh  : Sabtu, 17 Disember 2016.
Tempat            : Kedai Buku Pintar, Cheng.
Masa                : 9 pagi – 1 tengah hari.

BAGAIMANA ANDA DAPAT MEMBANTU?
Anda boleh membantu menerusi dua cara – sumbangan & sukarelawan:

(1) Sumbangan:
Kami menjemput anda menjadi penaja perima manfaat ini. Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM150 untuk seorang penerima manfaat, (kos dikira berdasarkan harga semasa barangan kelengkapan persekolahan untuk setiap pelajar). Bagaimanapun kami mengalu-alukan sebarang jumlah sumbangan yang ingin diberikan.

Maklumat lanjut untuk sumbangan boleh didapati di sini. Tempoh sumbangan adalah dari hari ini hingga ke 16 Disember 2016.Semua sumbangan dalam tempoh ini akan dibelanjakan sepenuhnya untuk perbelanjaan penerima manfaat.

(2) Sukarelawan:
Selain sumbangan kewangan, kami juga menjemput anda untuk menjadi sukarelawan membawa anak-anak membeli-belah untuk kelengkapan persekolahan.  Diharapkan dengan penglibatan dari sukarelawan ini dapat menjadi pemudahcara projek ini

Pendaftaran sukarelawan boleh dibuat di sini.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi wakil JK Khidmat Masyarakat FKEKK: –

  1. Norihan Abdul Hamid (norihan.hamid@utem.edu.my / 06-5552130/ 012-3920975 )
  2. Siti Nur Salasiah Abidin (nursalasiah@utem.edu.my / 06-5552171 / 0197191686 )
  3. Vigneswara Rao a/L Gannapathy (vigneswara@utem.edu.my / 06-5552027 / 012-2345237 )

atau

boleh layari laman web JK Khidmat Masyarakat FKEKK